Kerjaya

“Kepentingan Rakyat Adalah Undang-Undang Tertinggi.” - Cicero

“Kepentingan Rakyat Adalah Undang-Undang Tertinggi.”
- Cicero

Di Gary Lee & Partners, kami menghargai pasukan kami dan pekerja kami. Sejak penubuhan kami, kami telah membina sebuah pasukan merangkumi individu-individu tabah dan cemerlang dalam apa jua yang mereka lakukan. Kami berbangga dengan penciptaan persekitaran kerja yang dinamik dan saling menyokong antara satu sama lain yang menggalakkan pembangunan peribadi peguam dan membolehkan peguam kami menawarkan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan yang dihargai.

Kami menetapkan standard yang tinggi untuk membekalkan perkhidmatan profesional yang dapat mengekalkan hubungan berjangka panjang dengan pelanggan kami. Dengan ini, kami sedang mencari individu yang pintar dan berazam kuat bersama kemahiran interpersonal yang cemerlang dan etika bekerja yang positif untuk menyertai pasukan kami.

Gary Lee & Partners

HUBUNGI KAMI

Gary Lee & Partners adalah firma guaman butik di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami memberi nasihat dan menyediakan perkhidmatan guaman berkualiti tinggi kepada anakguam tempatan dan juga antarabangsa.