LL.B. (Hons) University of Liverpool, CLP
LL.B. (Hons) University of Liverpool, CLP
Tel: 03-7499 6774 /7981 2833
Faks: 03-7981 3833
Joen menamatkan pengajiannya di Universiti Liverpool bersama Ijazah Sarjana Muda bersama LLB (Hons) pada 2018 dan mendapatkan Sijil Amalan Guaman pada 2019. Kemudian, beliau memulakan dan menamatkan latihan dalam guaman di Tetuan Gary Lee & Partners dan diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara pada 8 Januari 2021. Beliau meneruskan kerjayanya di firma yang sama sebagai Peguam selepas kemasukkan ke Majlis Peguam.
Semasa latihan dalam kamarnya, beliau telah membantu dan mengendalikan pelbagai kerja dalam bidang pemindahhakan seperti perjanjian jual beli hartanah untuk hartanah perumahan dan komersial serta perjanjian pembiayaan hartanah. Selain itu, beliau juga mengendalikan transaksi lelongan yang rumit.
Sepanjang kerjaya guamannya, beliau telah banyak belajar dan sentiasa menggunapakai kaedah pendekatan praktikal dan efektif apabila berhadapan dengan isu undang-undang berkaitan transaksi komersial yang sukar sehinggalah prosiding Mahkamah. Dengan kemahiran yang beliau menguasai, beliau mulai boleh memahami, menganalisi, menasihati dan memenuhi kehendak khusus dan jangkaan pelanggan-pelanggan yang berlainan.
Gary Lee & Partners adalah firma guaman butik di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami memberi nasihat dan menyediakan perkhidmatan guaman berkualiti tinggi kepada anakguam tempatan dan juga antarabangsa.