Kisah Kami

SELAMAT DATANG KE GARY LEE & PARTNERS

Gary Lee & Partners adalah firma guaman butik di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami memberi nasihat dan menyediakan perkhidmatan guaman berkualiti tinggi kepada anakguam tempatan dan juga antarabangsa.

Sejak penubuhan firma kami pada 1 September 2015, kami banyak mendapat pujian yang mengiktirafkan sumbangan firma kami dan reputasi yang kukuh melalui porfolio ekstensif kami. Pengiktirafan ini adalah hasil daripada komitmen kami untuk menyediakan nasihat dan perkhidmatan guaman dengan taraf tertinggi semenjak penubuhan firma kami. Pada masa yang sama, kami juga mengekalkan profesionalisme, keperibadian dan caj berpatutan dalam urusan kami terhadap anakguam kami

SATU PELANGGAN,
DAN SATU PENCAPAIAN,
PADA SATU MASA!

Inilah yang membezakan kami dengan firma-firma guaman besar lain dalam industry perkhidmatan guaman. Di Gary Lee & Partners, kami sentiasa bersedia dengan tahap prihatin berserta komitmen tertinggi yang diberikan oleh kami kepada anakguam yang dihargai. Daripada seorang individu, syarikat yang baru ditubuhkan sehingga ke syarikat yang stabil dan mantap , kami memberikan nasihat guaman dan menyediakan perkhidmatan guaman yang menyeluruh yang menurut keperluan dan keinginan anakguam yang kami hargai.

KAMI TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK ANDA

Kini, dalam keadaan perniagaan yang dinamik, terdapat banyak firma guaman yang menawarkan perkhidmatan guaman menurut pengetahuan dan aspek undang-undang. Tetapi hanya sebilangan kecil firma guaman yang memahami kepentingan dan memberikan penerapan/prihatin menurut kepentingan dan keinginan anakguam. Di Gary Lee & Partners, kami yakin bahawa kami sentiasa menawarkan perkhidmatan guaman menurut pengetahuan dan aspek undang-undang, dan juga memahami kepentingan dan memberikan penerapan/prihatin menurut kepentingan dan keinginan anakguam. Pasukan peguam kami sentiasa bekerja rapat dengan anakguam untuk memahami objektif dan keperluan anakguam bagi menyediakan nasihat guaman dan penyelesaian yang wajar dan terbaik.

KERJA KAMI ADALAH PROFESSIONAL,
NASIHAT GUAMAN KAMI ADALAH PERIBADI (BAGI SETIAP ANAKGUAM)

Secara lazimnya, anda mengharapkan nasihat dan perkhidmatan guaman yang paling bermutu daripada mana-mana firma guaman atau peguam yang anda sedang berurusan. Namun begitu, kami juga percaya bahawa kualiti sahaja tidak mencukupi dalam membina hubungan berjangka panjang dengan anakguam yang dihargai. Di Gary Lee & Partners, kami menawarkan perkhidmatan secara berprofessional dan bertanggungjawab. Dalam perkara tersebut, kami berusaha untuk memastikan hubungan kami dengan anakguam sentiasa terjalin serta dengan semua pihak yang berkepentingan, tidak hanya dapat mencapai hasil yang memuaskan tetapi juga pengalaman peribadi yang baik. Falsafah ini telah membantu kami memperoleh banyak sokongan anakguam dan ia membolehkan firma kami kekal berdaya saing di industri guaman.

KAMI BEKERJA KERAS;
JUGA MENIKMATI KEINDAHAN HIDUP KAMI

Di Gary Lee & Partners, kami berkomitmen dan bersemangat tinggi dalam apa yang kami lakukan. Kami sedia untuk menghadapi cabaran, berdaya maju dan memberikan yang terbaik kepada setiap anakguam yang dihargai. Pasukan peguam kami sentiasa berada dalam keadaan terbaik kerana firma kami mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Dengan inisiatif yang bermakna, firma kami menggalakkan perkembangan kerjaya dan pembangunan peribadi bagi meningkatkan kepuasan dalam profesion. Dengan memanfaatkan budaya ini, firma kami memastikan bahawa pasukan kami mempunyai komunikasi yang berkesan, produktiviti yang tinggi dan hubungan tempat kerja yang sihat.

Gary Lee & Partners

HUBUNGI KAMI

Gary Lee & Partners adalah firma guaman butik di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami memberi nasihat dan menyediakan perkhidmatan guaman berkualiti tinggi kepada anakguam tempatan dan juga antarabangsa.