Bantuan Guaman yang Berkualiti untuk Semua
Pengetahuan Undang-Undang sebagai Hak Asasi
Pemerkasaan untuk Rakyat

Bantu Semua, BantuYou

BantuYou adalah sebuah platform bantuan guaman yang dikendalikan oleh peguam-peguam yang profesional untuk membantu komuniti yang terpinggir. Komuniti ini merangkumi golongan yang terdedah dan tidak berkemampuan. Kami menjalankan program-program instrumental seperti pusat bantuan guaman, memberikan bantuan guaman secara percuma kepada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membuat permohonan probet atau surat pentadbiran, dan juga untuk membantu wanita dan anak-anak yang mengalami penderaan rumah tangga, dll.

Komitmen kami adalah amatlah tinggi dan kami mampu memperhatikan hal-hal secara terperinci sambil mengekalkan profesionalisme dan aksesibiliti kepada semua anggota masyarakat. Pendek kata, kami adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memberikan perkhidmatan undang-undang.

Misi Kami

"Dari segi undang-undang, tiada yang pasti, kecuali perbelanjaan."

Pernyataan ini serupa dengan kehidupan kita, semua barang mesti ada harga dan nilainya. Bukan semua orang akan mempunyai akses kepada nasihat undang-undang yang berkualiti, tetapi semua orang berhak untuk bersuara. Mereka yang miskin and mereka yang dirangkumi dalam ‘Komuniti Terdedah’ harus mempunyai kesempatan dan hak yang sama untuk meningkatkan dan memperkaya kualiti kehidupan mereka.

Kami bertujuan untuk mendidik dan berkongsi pengetahuan undang-undang dengan orang yang tertindas, memastikan mereka mendapat bantuan guaman yang diperlukan. Dalam skema besar ini, kami berharap untuk mewujudkan masyrakat yang harmoni dan prihatin.

Objektif Kami

Mempromosikan Perjuangan Selamat

BantuYou sangat menghargai kesejahteraan setiap individu tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan kelas. Salah satu objektif utama kami adalah untuk mendorong masyarakat, terutama generasi muda, untuk menggunakan kepakaran dan kemampuan mereka dalam membantu golongan yang dalam keperluan.

Memperkasakan Rakyat

Kami ingin memperkasakan generasi muda untuk berkembang dan mencapai potensi sepenuhnya melalui kerjasama dan perkongsian pengetahuan sesama ahli-ahli semua.

Meningkatkan kesedaran

Iaitu penting juga untuk kita mendidik, menghasilkan penerbitan dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang.

Mengambil tindakan

Hanya dengan menjalankan program berkenaan dengan undang-undang, program kebajikan, bantuan undang-undang dan mengusahakan satu pusat komuniti, barulah kita dapat mengmanfaatkan semua orang dengan sedikit pengcapaian yang kami ada.

Bekerjasama dengan tujuan

Kami amat terbuka untuk meneroka peluang dan kerjasama dengan orang lain yang berhasrat untuk membantu komuniti rentan.

Keutamaan kami

Menyokong keluarga berpendapatan rendah dan penduduk khas

Individu dan keluarga dalam kelompok berpendapatan rendah serta populasi yang rentan, termasuk warga tua, orang kurang upaya, veteran, dan mereka yang menpunyai halangan bahasa, budaya dan pendidikan.

Mengekalkan Kestabilan Ekonomi

Pencegahan pengangguran, pinjaman daripada lintah darat, dan amalan penjualan eksploitatif; dan pada masa yang sama berusaha untuk mengekalkan kestabilan pendapatan bagi golongan kurang upaya atau mereka yang menganggur.

Mengutamakan Keselamatan dan Kesihatan

Keutamaan diberikan kepada kes-kes berkenaan dengan keganasan rumah tangga, gangguan seksual dan serangan. Kami juga berusaha untuk mengekallan kesihatan masyarakat dan anggota masyarakat mereka masing-masing melalui perwakilan undang-undang secara individu dan advokasi dasar.

icons law-02

Memelihara akses untuk mendapatkan keadilan

Keutamaan diberikan kepada perancangan aktiviti untuk menyatukan seluruh masyarakat dalam memastikan semua orang mempunyai akses untuk mendapatkan keadilan. Perhatian khusus akan diberikan ke atas perkhimatan pro bono untuk komuniti rentan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Mendapatkan bantuan dari BantuYou

Di BantuYou, kami mendengar dan menghargai setiap suara. Menghubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan undang-undang yang khas untuk kamu atau menghubungi kami untuk keterangan lanjut.