Mr Gary Lee Tuck Wee

LL.B. (Hons) (Lond), CLP

Mr Gary Lee Tuck Wee

LL.B. (Hons) (Lond), CLP

Bidang Amalan:

Tel: +603-7981 2833

Faks: +603- 7981 3833

No. Telefon: +6012 2060921

Gary menamatkan pengajiannya di Universiti London dengan Ijazah Sarjana Muda LLB (Hons) pada 2004. Beliau memperoleh Certificate of Legal Practice (CLP) pada 2010. Beliau menamatkan latihan dalam kamar di Tetuan Zarina, Loh & Wong dan diterima masuk ke Majlis Peguam Malaysia sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 1 Ogos 2011. Kemudian, Gary menyertai Tetuan Jal & Lim pada 1 January 2013. Dengan perancangan rapi, beliau menorak langkahnya untuk menubuhkan firma pemilik tunggal, Tetuan Gary Lee & Partners pada 1 September 2015. Kini, Firma ini telah berkembang kepada sebuah pasukan peguam berempat dengan kemahiran luas dalam pelbagai bidang praktis, termasuklah Korporat Umum dan Komersial, Jual Beli dan Pindahmilik (Conveyancing) & Hartanah, Imigresen, Wasiat dan Perancangan Pewarisan, Perbankan dan Kewangan, Harta Intelek, Cap Dagangan dan Kelulusan Pelaburan Asing.

01

Korporat Umum dan Komersial

Beliau telah mengendalikan kes bagi syarikat mutlinasional dalam pelbagai bidang mengenai penubuhan perniagaan, penggabungan, pemerolehan dan pengambilalihan, usahasama, perkongsian, pemfrancaisan, pemajakan, penyusunan semula modal, penyusunan semula korporat, penjualan barangan, pembekalan perkhidmatan, pengedaran, agensi, buruh, perjanjian siap guna, perhubungan perindustrian, pematuhan korporat umum dan kesetiausahaan syarikat.

Pengalaman

02

Jual Beli dan Pindamilik Hartanah

Selain daripada mewakili korporat, individu-individu dan warga asing dalam penjualan, penyewaan dan pemajakan hartanah, beliau juga bertindak bagi pihak pemaju dalam pemerolehan tanah (melalui penjualan dan transaksi en-bloc tanah kerajaan dan sebagainya). Beliau juga mengendalikan semua aspek mengenai hartanah termasuklah hartanah seperti residensi, komersial, hartanah industri, tanah dan hotel.

Pengalaman

03

Imigresen

Beliau mempunyai reputasi cemerlang untuk kaedah pendekatannya yang kreatif dan kukuh dalam mengendalikan berbagai isu imigresen yang sukar termasuklah menasihati warga asing dalam permohonan visa bekerja atau lawatan sosial. Beliau juga membantu penetapan keluarga warga asing di Malaysia, daripada mendapatkan tempat tinggal untuk mereka, memulakan perniagaan, sehinggalah menyekolahkan anak-anak mereka ke sekolah masing-masing.

Pengalaman

04

Wasiat & Perancangan Pewarisan

Beliau telah bekerja dengan pelanggan untuk merancang rancangan pewarisan dengan teliti yang merangkumi rancangan peralihan perniagaan, persaraan, wasiat dan perancangan harta pusaka. Beliau memperoleh pengalaman mendalam semasa bekerja dengan perniagaan milikan keluarga untuk menstrukturkan perkara peribadi dan komersial pemilik perniagaan bagi memastikan pelanggan dapat ambil alih semua warisan dengan status kewangan yang baik. Dengan itu,beliau menggunakan pelbagai strategi termasuklah perjanjian jual beli, perjanjian peralihan perniagaan, strategi persaraan, dokumen wasiat unik dan amanah testamentari wasiat. Beliau juga menyempurnakan strategi-strategi ini dengan permohonan probet dan pentadbiran harta pusaka.

Gary Lee & Partners

HUBUNGI KAMI

Gary Lee & Partners adalah firma guaman butik di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami memberi nasihat dan menyediakan perkhidmatan guaman berkualiti tinggi kepada anakguam tempatan dan juga antarabangsa.