Ms Charmaine Ang Xiao Hui

LL.B. (Hons) Multimedia University

Master of Commercial Law (MCL) University of Malaya​

Ms Charmaine Ang Xiao Hui

LL.B. (Hons) Multimedia University

Master of Commercial Law (MCL) University of Malaya

Ms Charmaine

Bidang Amalan:

Tel: +603-7981 2833

Faks: +603- 7981 3833

Charmaine menamatkan pengajiannya di Universiti Multimedia bersama Ijazah Sarjana Muda LLB (Hons) pada 2018. Beliau memulakan latihan dalam kamarnya di Tetuan Zairina, Loh & Wong. Pada 5 Julai 2019, beliau telah didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan ditawarkan untuk terus beramal di Tetuan Zairina, Loh & Wong sebagai Peguam. Kemudian, beliau meneruskan pengajian tingginya dalam Ijazah Sarjana Undang-Undang Komersial di Universiti Malaya pada 2020. Sejurus melengkapkan pengajiannya, Charmaine menyertai Gary Lee & Partners sebagai Peguam pada 2021.

Beliau khusus dalam litigasi sivil dan perbankan. Bidang praktisnya termasuklah prosiding perampasan hartanah, prosiding kebankrapan, kes lelongan dan kes berkaitan tanah. Beliau juga pakar dalam kes pemindahhakkan dan telah membantu dalam projek pembangunan untuk Ayra Residences, Casira 1 Residences dan Lot 15 Residences oleh Sime Darby Group.

Selain itu, beliau juga telah bertindak bagi pihak dan menasihati pelanggan-pelanggan berkenaan cap dagangan, paten, hak cipta, reka bentuk pengindustrian dan Pengkomersilan IP termasuklah perlesenan dan pemfrancaisan.

Dengan semua ilmu komersial yang dipelajari daripada program Ijazah Sarjana, beliau berminat untuk menjadi pengamal undang-undang yang boleh menasihati pelanggan dari perspektif perniagaan dan memanfaatkan kepakarannya untuk membantu kliennya menyelesaikan masalah mereka. Beliau percaya bahawa perkara paling penting adalah untuk dirinya memahami keperluan pelanggannya terutamanya SME. Kefahaman beliau dalam selok-belok perniagaan membolehkan beliau menggunapakai pengetahuannya dalam membuat keputusan penting apabila menasihati kliennya.

Minat utama Charmaine adalah undang-undang Harta Intelek. Semasa pengajian Ijazah Sarjananya, beliau telah menulis kertas kajian bertajuk- “Patenting Human Genes in Malaysia: Ethical and Legal Perspective”. Dengan pengalaman kerjanya sebelum ini di firma guaman IP sebagai Peguam, beliau berminat dalam membina strategi bagi pelanggan-pelanggan untuk menguruskan, mengendalikan dan mengeksploitasi portfolio Harta Intelektual seperti hak pengedaran dan hak sewa komersial untuk meningkatkan nilai komersial.

Gary Lee & Partners

HUBUNGI KAMI

Gary Lee & Partners adalah firma guaman butik di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami memberi nasihat dan menyediakan perkhidmatan guaman berkualiti tinggi kepada anakguam tempatan dan juga antarabangsa.