LL.B. (Hons) (Lond), CLP
LL.B. (Hons) (Lond), CLP
Emel: [email protected]
Tel: +603-7981 2833
Faks: +603- 7981 3833
Daniel menamatkan pengajiannya di Universiti London bersama Ijazah Sarjana Muda LLB (Hons) pada 2004. Beliau diterima masuk sebagai Peguamcara dan Peguambela di Malaysia pada 2009. Kemudiannya, beliau beramal sebagai peguam di Tetuan Cheah Teh & Su dan seterusnya Tetuan Michael Chow. Pada peringkat awal kerjayanya, Daniel juga merupakan pengurus guaman in-house untuk syarikat tersenarai awam minyak dan gas serta perkhidmatan industri di mana beliau masih bertindak bagi pihaknya sebagai penasihat ad hoc. Pada 2019, beliau menjadi rakan kongsi firma guaman ini.
Bidang amalannya termasuklah korporat, litigasi komersial dan umum, pakar dalam penuntutan hutang, kebankrapan, prosiding penggulungan syarikat dan insolvensi, pertikaian syarikat dan pemegang amanah, prosiding kontrak dan campur tangan dalam kontrak yang merupakan kesalahan tort dan prosiding penimbangtaraan. Daniel pernah bertindak bagi pihak klien dalam pelbagai litigasi komersial dan penimbangtaraan serta hadir di hadapan Mahkamah Malaysia, daripada Mahkamah Rendah sehinggalah Mahkamah Persekutuan.
Pada masa yang sama, beliau telah bertindak dan menasihati pelanggan-pelanggan dalam perkara berkenaan persiapan dan perundingan kontrak komersial, pemegang saham, perjanjian penjualan saham dan perjanjian usahasama.
Gary Lee & Partners adalah firma guaman butik di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami memberi nasihat dan menyediakan perkhidmatan guaman berkualiti tinggi kepada anakguam tempatan dan juga antarabangsa.